Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lagi kes kematian dalam tahanan berlaku di Pulau Pinang.

Kali ini, seorang pemandu lori meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam semalam.

 
Kes terbaru itu yang ketujuh berlaku pada tahun ini dan kesepuluh di 
seluruh negara.
 
Agin Raj Sunmarkkan Naidu, 29, ditahan pada 2 Jun selepas disyaki mencuri jongkong besi di kawasan perindustrian Prai, di mana ia bekerja.
 
Beliau direman empat hari di lokap polis Bandar Perda sebelum 
dimasukkan ke hospital pada 5 Jun, kerana sawan.
 
Kes itu diketengahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy kepada pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Seberang Jaya, tempat bedah siasat dijalankan.
 
 
ADS