Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes penjagaan: 'Tribunal lebih baik dari mahkamah'

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk  Zainul Rijal Abu Bakar mencadangkan penubuhan tribunal tiga anggota untuk menangani pertikaian hak penjagaan anak yang membabitkan berlainan agama.

Menurutnya, ia adalah pilihan yang lebih baik daripada membawa kes ke mahkamah tinggi syariah atau mahkamah tinggi sivil.

Zainul (kiri) berkata, ini kerana orang bukan Islam tidak mahu pergi ke mahkamah syariah dan pasangan yang telah menukar agama pula mungkin tidak mahu pergi ke mahkamah tinggi sivil, dikatakan kerana takut mereka tidak akan mendapat penghakiman yang adil.

Katanya, pertikaian agama di Malaysia telah menjadi "perkara yang sensitif", dan berkata di negara-negara lain seperti Brunei tidak ada masalah orang bukan Islam untuk mendapatkan keadilan di mahkamah syariah walaupun dalam hal undang-undang hudud.

Oleh itu, Zainul mencadangkan undang-undang sedia ada, seperti  Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan penceraian) 1976 (sivil) dan pelbagai Undang-Undang Keluarga Islam Negeri (syariah), dipinda untuk memenuhi pembentukan tribunal bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.

"Saya mencadangkan tribunal itu terdiri daripada wakil badan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi Sivil, ahli kedua wakil Mahkamah Tinggi Syariah dan ahli panel ketiga wakil yang dilantik oleh pemerintah, Sultan atau Yang di Pertua negeri," katanya

"Kehadiran wakil dari mahkamah Syariah dan mahkamah sivil akan memastikan kepentingan ibu bapa yang terbabit dalam pertikaian, akan dilindungi," katanya kepada Malaysiakini semalam.

[Baca berita penuh]

ADS