Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mesti bertegas susulan keengganan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memulangkan kitab Bible yang dirampas, dengan menunjukkan bahawa beliau masih mengawal agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini, kata DAP.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata tindakan MAIS dianggap "pengingkaran terbuka" terhadap Abdul Gani, yang mempunyai budi bicara tunggal kepada pendakwaan dalam negara.

"(Hal) ini satu perkara yang perlu beliau uruskan dengan menunjukkan beliau masih mengawalnya... Beliau yang berhak menentukan sama ada mempunyai kes atau tidak, dan sama ada tindakan perlu diambil atau tidak.

"Jadi jika beliau membuat keputusan, semua pegawai penguatkuasa perlu patuh pada keputusan itu," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, MAIS tidak akan memulangkan kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia dan tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani untuk tidak meneruskan pendakwaan kepada persatuan itu.

Mohamad Adzib juga mendesak timbalan pendakwa raya Selangor untuk merujuk mahkamah bagi mendapat perintah pelupusan barang kes sebagaimana yang diperuntukkan bawah seksyen 407A Kanun Acara Jenayah.

[Baca berita penuh]

ADS