Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Peguam yang mewakili pemikir kontroversi Kassim Ahmad menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memohon beliau campurtangan berhubung pertuduhan terhadap sarjana itu bagi mengelak pertembungan perlembagaan.

Peguam itu juga menghantar salinan surat tujuh halaman kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk tindakan selanjutnya.

Ia bertujuan menggesa perdana menteri dan menteri besar menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan negeri bagi mengelakkan negara ini berada dalam kecelaruan.

 

Surat-surat itu dihantar berdasarkan kes baru-baru ini di mana pihak berkuasa agama dilihat tidak akan mematuhi nasihat kerajaan, seperti dalam kes Majlis Selangor Agama Islam menolak permintaan negeri untuk menyerahkan 321 naskah Bible yang dirampas dari Persatuan Bible Malaysia.

Pada 27 Mac, Kassim dituduh mengikut Seksyen 7(b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana mempersenda Islam dalam satu seminar di Putrajaya pada Februari lalu.

[Baca berita penuh]

ADS