Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) menyaman syarikat penerbangan itu di mahkamah Australia, menuntut gantirugi sebanyak A$250,000 (RM752,000) kerana didakwa enggan menyediakan kerusi roda kepadanya, mengakibatkan dia terjatuh dan mengalami keretakan tulang.

Kejadian itu berlaku pada 4 April tahun ini, dakwa Vineetha Latha

Warnakulasuriya yang berusia 72 tahun,  apabila dia tiba di Sri Lanka dari Kuala Lumpur, dengan pesawat Penerbangan MH179, dan meminta kerusi roda daripada kakitangan bertugas.

Bagaimanapun, Vineetha mendakwa, dia diberitahu bahawa kerusi roda tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat, dan dia perlu keluar di mana kerusi roda itu akan dibawa.

Dalam pernyataan tuntutannya, Vineetha berkata, berikutan itu, dia tidak ada pilihan tetapi terpaksa mematuhi arahan tersebut dan dia cuba bangun dari tempat duduknya tetapi  terjatuh ke lantai, menyebabkan mengalami kecederaan.

Pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Daerah Brisbane semalam. Vineetha memegang dua kerakyatan - di Sri Lanka dan di Australia.

Beliau mendakwa telah mengalami keretakan tulang pada tibia kanannya (tulang kering) dan kerosakan ligamen di tempurung lutut kanannya akibat terjatuh itu.

Menurut dokumen itu, Vineetha meminta kerusi roda kerana sebelum itu, dia telah terjatuh di Lapangan Terbang Melbourne, dan mengalami kecederaan pada lutut kanannya.

 

[Baca berita penuh]

ADS