Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada ahli Umno Yammy Samat masih belum disampaikan kerana ia dihantar ke alamat yang salah, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor semalam.

 

Yammy diminta menjelaskan mengapa dia tidak patut digantung atau dipecat dari parti itu kerana membantu anaknya Dyana Sofya Mohd Daud, yang bertanding sebagai calon DAP menentang calon BN Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan dalam pilihan raya kecil pada 31 Mei lalu.

 

Menurut Tengku Adnan, beliau hanya menyedari surat itu 

dikembalikan kerana alamat dalam senarai ahli adalah salah.

Jika dapat alamat yang baru, surat itu akan dihantar sekali lagi, katanya kepada pemberita.

 

Manakala tempoh 14 hari untuk Yammy memberikan jawapannya akan bermula dari tarikh surat baru dihantar.

 

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, memberi jaminan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menghormati perintah injunksi mahkamah yang dikeluarkan kepada penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Sentul.

 

Ini walaupun Datuk Bandar telah membuat kenyataan bahawa operasi perobohan akan diteruskan

 

"Kita akan hormati injunksi itu. Kami akan tangguhkan sehingga tiba masanya, kita tidak akan melakukan apa-apa," katanya.

 

Kg Chubadak jadi tanah perkuburan

 

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa "setinggan" di situ mesti mengosongkan tanah itu kerana ia milik persendirian.

 

Pemiliknya berhasrat untuk memberikan tanah itu kepada pihak berkuasa agama untuk dijadikan tanah perkuburan, katanya.

 

Tengku Adnan juga menafikan bahawa perobohan itu dibuat tanpa notis terlebih dahulu, dan mendakwa bahawa banyak notis telah dikeluarkan sebelum ini.

 

Beliau menambah bahawa kerajaan juga menyediakan kepada mereka yang terbabit perumahan alternatif.

 

Masalahnya, kata Tengku Adnan, penduduk meminta mereka disediakan tempat yang sama yang mereka tinggal sekarang dan itu mustahil dilakukan.

"Kita hanya boleh menawarkan apartmen atau rumah pangsa, jadi kami masih lagi berunding dengan mereka, "katanya.

[Baca berita penuh]

ADS