Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan isu 'Allah'
Diterbitkan:  Jun 23, 2014 8:53 AM
Dikemaskini: 7:35 AM

Sidang Mahkamah Persekutuan hari ini menjadi tumpuan sama ada ia akan membenarkan pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria (kiri)

menyampaikan penghakimannya mulai jam 9 pagi di kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya.

Dalam kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan, ia tidak didengar secara automatik tetapi kebenaran terpaksa diperolehi terlebih dahulu.

Selain Hakim Arifin, hakim-hakim terkemuka di negara ini akan membuat keputusan kes itu dan mereka termasuk Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

LANGSUNG

11am: Peguam kepada biskop tersebut, Benjamin Dawson, berkata mereka akan mempertimbangkan sama ada akan memfailkan permohonan untuk menyemak keputusan berkenaan.

Katanya ia hanya akan difailkan sekiranya mereka dapat membuktikan terdapat unsur berat sebelah dalam keputusan berkenaan.

10.50am: Ketua biskop Murphy Pakiam enggan memberi ulasan ketika ditanya pemberita.

"Tidak, tidak, tidak,” katanya ketika diasak pemberita.

10.45am: Editor The Herald Lawrence Andrew berkata beliau “amat kecewa dengan keputusan” hari ini.

"Keputusan empat orang hakim itu menyentuh perkara yang tidak berkaitan tetapi tiga suara yang menentang bercakap dengan jelas mengenai hak rakyat dan hak minoriti,” katanya.

Lawrence memuji tiga orang hakim tersebut, yang disifatkannya sebagai berani dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

"Mereka menemui kesilapan dan kelemahan dalam cara keputusan Mahkamah Rayuan.

“Mahkamah Rayuan sepatutnya melihat kepada prosedur keputusan mahkamah tinggi tetapi ia pergi lebih jauh dan membuat kenyataan umum yang menjejaskan orang Kristian,” katanya.

10.30am: Hakim Tan berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah menyatakan dengan jelas bahawa perayu sudah membuktikan kesnya.

"Saya membenarkan untuk mengenepikan keputusan dan menyokong Hakim Besar Sabah dan Sarawak (Richard Malanjum),” katanya.

Setakat ini, Ketua Hakim Arfin, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar menolak permohonan ketua biskop tersebut.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali dan Tan menyokong permohonan ketua biskop tersebut.

10.25am: Hakim Tan berkata isu tersebut sepatutnya diperdebatkan.

Katanya, pemohon berhak mengikut Perkara 3, 10, dan 11 dan 12 mengikut perlembagaan untuk menggunakan kalimah “Allah”.

10.20am: Hakim Zainun berkata isu tersebut boleh diselesaikan dengan tenang dan wajar.

Beliau membenarkan permohonan untuk mengenepikan keputusan lebih awal.

Jeffrey Tan Kok Wha sedang membacakan keputusannya.

10.06am: Hakim Zainun berkata persoalan timbul sama ada mahkamah perlu berpuas hati dengan keputusan menteri.

"Beliau menyatakan hak asas secara berterusan dicabul, maka ia perlu diteliti,” katanya.

10:05am: Hakim Zainun berkata timbul hujah bahawa terdapat kekeliruan dalam keputusan Mahkamah Rayuan

Katanya, ia berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Zawawi Salleh bahawa “Allah” bukan sebahagian daripada fahaman Kristian.

10:02am: Ibrahim Ali berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini. Isu tersebut kini dianggap selepas dan tidak perlu diteruskan lagi.

“Kita akan meneruskan kehidupan harmonim,” katanya selepas diberitahu mengenai keputusan mahkamah.

10am: Bekas naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin mengumumkan kepada para penyokong bahawa Mahkamah Keputusan tidak memberi kebenaran untuk mengenepikan keputusan tersebut, yang disambut dengan sorakan para pengikut tersebut.

Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa ia masih belum berakhir.

"Mereka tidak akan berhenti. Mereka akan bawa kes lain ke mahkamah. Mereka akan perlu ke mahkamah untuk membolehkan Bible yang dirampas dikembalikan kepada mereka, atau cuba membatalkan enakmen Selangor,” katanya.

10.00am: Hakim Richard berkata persoalan itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

"Kebenaran untuk merayu perlu dibenarkan. Beberapa persoalan untuk bertindih, tetapi ini boleh ditangani,” katanya.

9.45am: Richard Malanjum berkata tidak timbul isu ketenteraman awam dan keselamatan. Perkara itu perlu dibezakan, kata Ketua Hakim Sabah dan Sarawak itu.

“Ini adalah peluang kepada mahkamah untuk memutuskan kuasa eksekutif (untuk campur tangan).”

Dalam isu keselamatan negara, menteri perlu mengemukakan bukti bahawa keselamatan terancam.

9.45am: Presiden PERKASA Ibrahim Ali berucap kepada para penyokong yang beralih ke kawasan teduh. Beliau menegaskan bahawa NGO itu tidak mahu bermusuh dengan orang Kristian tetapi mempersoalan penggunaan kalimah “Allah” dalah naskhah Bible berbahasa Melayu.

9.30am: Hakim Arifin berkata Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya membenarkan permohonan itu dan dengan itu, keputusan Mahkamah Rayuan adalah betul.

Katanya, mahkamah tidak boleh menimbangkannya dan oleh itu permohonan itu ditolak.

Beliau berkata Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar bersetuju dengannya.

Sekarang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sedang membaca keputusannya.

9.25am: Ketua Hakim Arifin berkata kalimah 'Allah' disenaraikan sebagai salah satu perkataan yang dilarang.

Di Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, beliau berkata hakim itu mendapati bahawa larangan itu mencabul hak-hak gereja dalam Perkara 3, 10 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

Arifin berkata mahkamah mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana undang-undang sebagai tidak sah berikut tindakan oleh kerajaan atau individu.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu undang-undang itu tidak sah atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah perlu memastikan bahawa cabaran yang dibuat bukan remeh atau menyusahkan.

9.15am: Hakim Arifin berkata kebenaran patut diberikan apabila terdapat isu-isu undang-undang untuk diputuskan.

Beliau berkata sama ada untuk menerima pakai ujian subjektif atau objektif dalam membuat keputusan sama ada untuk memberikan kebenaran.

Setelah mempertimbangkan isu-isu di tangan, beliau bersetuju dengan peguam Ketua Biskop untuk mengamalkan ujian objektif.

9.10am: Di luar Istana Kehakiman, Timbalan Setiausaha Agung PERKASA, Shamsudin Moner berucap kepada orang ramai, yang jumlah meningkat kepada lebih 200 orang.

9.08am: Cyrus Das, peguam yang mewakili gereja, memperkenalkan semua pihak.

Hakim Arifin berkata, akan ada empat penghakiman dan beliau akan membaca penghakimannya yang pertama, bermula dengan latar belakang kes itu.

9.05am: Selepas membaca nama-nama peguam di mahkamah, pintu mahkamah kini dikunci.

Mahkamah bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara.

8.30am: Ketua Biskop Emeritus Murphy Pakiam, editor Herald Bapa Lawrence Andrew, Presiden Sabah Sidang Injil Borneo Pastor Jerry Dusin adalah antara yang telah tiba.

Kakitangan mahkamah membenarkan peguam untuk memasuki pertama.

8.26am: Penyokong PERKASA di hadapan Istana Kehakiman meningkatkan kepada sekitar 100 orang ketika lebih banyak bas yang membawa mereka tiba.

Kira-kira 20 anggota polis juga tiba di tempat kejadian dan membentuk satu barisan di situ.

Keadaan tenang dengan penyokong berlegar sekitar kawasan itu kerana kes masih belum bermula.

7.55am: Sekumpulan lebih 50 penyokong PERKASA, yang memakai baju-T hitam dan merah, mula berarak ke hadapan pintu masuk mahkamah selepas berkumpul di hadapan Perbadanan Putrajaya lebih awal.

Tiada pemimpin terkemuka dilihat setakat ini, dan ahli-ahli berkumpul secara senyap-senyap di hadapan pita kuning polis yg menghalang mereka daripada memasuki kompleks mahkamah.

7.52am: kakitangan Mahkamah telah mula mengedarkan pas kepada kakitangan media, yang telah berkumpul seawal pukul 7 pagi.

Khabar angin mengatakan setiap hakim dalam panel tujuh orang itu akan membuat penghakiman masing-masing.

ADS