Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Aktivis warganegara Australia Natalie Lowrey, yang ditahan polis bersama 16 lagi peserta himpunan anti-Lynas semalam, tidak dibebaskan dengan jaminan polis dan mungkin akan didakwa di mahkamah.

OCPD Kuantan Abdul Aziz Salleh mengesahkan, Lowrey masih ditahan di ibu pejabat polis daerah itu dan tidak dapat dibebaskan dengan jaminan polis, walaupun yang lain dibenarkan ikat jamin.

Aziz berkata, Lowrey disiasat bawah Sekysen 145 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Aziz, Lowrey menyalah guna pasportnya dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram yang menjadi kesalahan dalam akta imigresen.

Menurut polis juga, pihak berkuasa berhak menahan Lowrey untuk jangka masa 14 hari menurut undang-undang.

Pihak berkuasa juga akan cuba mempercepatkan siasatan dan mendapatkan arahan daripada timbalan pendakwa raya dan mungkin mendakwanya di mahkamah.

[Baca berita penuh]

ADS