Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selepas mengambil jalan tengah dalam perebutan hak jagaan pasangan berbeza agama, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kini membuat membuat keputusan berdiam diri.

Khalid hari ini mengunci rapat mulutnya ketika ditanya berhubung arahan mahkamah supaya polis mendapatkan semula anak perempuan M Indira Gandhi daripada suaminya yang memeluk Islam, dan memulangkan ke pangkuan ibunya.

Sebelum ini, Khalid dihujani pelbagai kritikan susulan kenyataannya yang menyatakan polis akan kekal mengambil sikap berkecuali dalam pertikaian hak penjagaan anak antara ibu bapa yang berlainan agama.

Menyifatkannya sebagai penyelesaian "adil", Khalid berkata polis akan meletakkan kanak-kanak di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dalam kes melibatkan percanggahan keputusan mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Khalid hari ini berkata, terdapat perbezaan arahan antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah dan beliau enggan mengulas lanjut kerana perkara itu sedang diteliti oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sebuah acara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Jun mengarahkan polis untuk mendapatkan Prasana Diksa, anak perempuan bongsu Indira, seorang guru tadika, dalam masa 30 hari.

Jika gagal berbuat demikian mereka harus menjawab di mahkamah kenapa arahan itu tidak dipatuhi.

Arahan itu kini tinggal lagi 19 hari untuk dipatuhi.

[Baca berita penuh]

ADS