Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dikritik kerana mengancam untuk 'memancung' kepala pihak yang didakwa mempersenda Islam dan Sultan Selangor, Ketua Penerangan PERKASA Datuk Ruslan Kassim kini mendakwa bahawa kenyataan itu hanya satu bentuk ucapan.

Sebaliknya katanya, apa yang dimaksudkan adalah untuk "memancung masa depan politik" empat ahli parlimen PAS - Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Mereka menggesa kerajaan negeri Selangor untuk meminda undang-undang dan menghadkan kuasa Selangor Majlis Agama Islam Selangor.

"Tak (pancung). Sebenarnya saya ketika berucap ... semangat orang tu ... Saya kata sebenarnya dalam hati, saya bukan nak pancung kepala, pancung dari segi politik, sebab yang terlibat keempat-empat, orang politik.

"Jadi kita pancung masa depan politik dia, tapi tak terkeluar masa depan politik tu, terkeluar pancung leher.

"Tak ada lah kita nak mengasah parang. Tak ada. Kita cintakan keamanan dan kedamaian," katanya Ruslan berseloroh kepada Malaysiakini yang menyiarkan ucapannya.

Dalam klip video yang dirakam KiniTV, kedengaran Ruslan berkata orang yang mempersendakan Islam dan Sultan Selangor adalah parasit yang perlu dipancung dan beliau rela mati syahid kerananya.

Ancaman Ruslan itu dibuat semasa perhimpunan berhampiran Istana Selangor pada Isnin mengundang bantahan termasuk Timbalan Pengerusi Jawatankuasa undang-undang Majlis Konsultasi Perpaduan Negara Timbalan Pengerusi Lim Chee Wee.

[Baca berita penuh]

ADS