Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Permohonan menggantung arahan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban supaya polis membantu kes seorang bapa mualaf dalam perebutan hak jagaan anak daripada bekas isteri Hindunya akan didengar pada Isnin.

Permohonan itu difailkan oleh tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co bagi pihak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak polis.

Peguam Azmi Rais berkata permohonan itu difailkan semalam dan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban menetapkan Isnin ini untuk mendengarnya.

Dalam SMS kepada Malaysiakini , Azmi berkata, firma mereka dilantik oleh Pejabat Peguam Negara untuk mewakili IGP dan polis dalam kes pertikaian itu.

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sebelum ini mengeluarkan arahan supaya polis membantu N Viran @ Izwan Abdullah mendapatkan anaknya.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau akan memfail menjadi pencelah dalam dua kes perebutan anak di Seremban itu dan kes M Indira Gandhi di Ipoh.

Beliau juga akan memohon menggantung arahan mahkamah.

[Baca berita penuh]

ADS