Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'MB jangan mudah salahkan SYABAS'
Diterbitkan:  Jun 29, 2014 2:19 PM
Dikemaskini: 6:27 AM

Serangan ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berterusan, kali ini melalui kenyataan MP PJ Utara Tony Pua yang meminta agar menteri besar itu tidak menyalahkan pihak lain sewenang-wenangnya dalam krisis bekalan air terbaru.

Pua menjawab kenyataan Khalid semalam yang meminta agar MP DAP itu belajar mengenai industri air di negeri tersebut, terlebih dahulu sebelum mengkritik, menurut laporan The Star .

MB juga menjelaskan bahawa pemotongan air bukannya berpunca dari pihak kerajaan negeri sebaliknya disebabkan kedegilan dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

“Pastinya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin sebatutnya melakukan lebih dari hanya menyalahkan SYABAS – sekalipun jika mereka berhak dipersalahkan,” kata Pua dalam kenyataan hari ini.

Pua mengaku beliau bersetuju dengan Khalid bahawa SYABAS mungkin bertanggungjawab menyebabkan krisis air itu tetapi MB seharusnya bersedia dengan “sabotaj" seperti itu.

“Penduduk mungkin tertanya-tanya, mengapa kerajaan negeri begitu cepat menjamin  bekalan air tidak akan bermasalah bila kerajaan sedar bahawa Syabas telah enggan bekerjasama atau menghadiri mesyuarat negeri dianjurkan.

"Lebih penting lagi bagaimanapun, walaupun kerajaan negeri tidak dapat memenuhi jaminan, persoalannya ialah, apa yang boleh kerajaan negeri lakukan untuk menyediakan bantuan segera dan bantuan kepada mangsa gangguan air yang serius?

“Adakah kita tidak perlu ada prihatin atau menyediakan Plan B untuk mangsa gangguan air yang lama menderita ini?” soalnya, yang juga pengerusi DAP Selangor.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS