Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR mahu k'jaan dedah audit sistem radar
Diterbitkan:  Jun 29, 2014 5:40 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mendedahkan audit ke atas sistem radar penerbangan awam yang mungkin menjejaskan pencarian pesawat MH370.

Nurul Izzah berkata, kelemahan dalam sistem tersebut dibangkitkan sejak 2012, lebih setahun sebelum MH370 hilang pada Mac lalu.

Beliau merujuk kepada pendedahan satu dokumen yang kemudiannya disahkan oleh kementerian.

Ia mendedahkan, sistem rada lapangan terbang Subang ditutup sepenuhnya selama dua jam manakala kawalannya dipindahkan ke Pulau Pinang.

“"Kami telah meminta agar sistem udara Malaysia diaudit oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)... Sehingga hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah audit itu akan dilaksanakan.

"Apakah jika audit tersebut dijalankan dan saranan baikpulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat.

"Demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara ini, saya menyeru menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam," kenyataannya dipetik.

Beliau juga menggesa Liow mendedahkan audit yang dijalankan oleh ICAO ke atas tahap keselamatan terminal baru KLIA2.

ICAO meluluskan tahap keselamatan lapangan terbang tersebut, yang dibuka pada hujung April lalu.

Beliau juga menggesa satu jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes MH37 memandangkan anggota keluarga penumpang dan anak kapal masih menunggu jawapan lebih tiga bulan lamanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS