Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Guru tadika M Indira Gandhi telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di Ipoh hari ini untuk memaksa Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya melaksanakan perintah mahkamah untuk menangkap bekas suaminya,  mualaf K Pathmanathan @ Muhd Ridhuan Abdullah.

Permohonan untuk semakan kehakiman itu difailkan petang ini kerana Muhd Ridhuan tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Lee Swee Seng pada 30 Mei lalu supaya memulangkan anak mereka, Prasana Diksa.

Indira menamakan IGP sebagai responden.

Mahkamah yang sama juga telah mengeluarkan satu lagi perintah supaya pihak polis dan Jabatan Pendidikan mencari dan memulangkan anak perempuan Indira itu yang berusia enam tahun (di sebelah kanan).

Peguam Indira, M Kulasegaran (kiri, dalam gambar) berkata, IGP pada mulanya mahu kanak-kanak itu ditempatkan di rumah kebajikan berikut penyelesaian "jalan tengah" Khalid, walaupun terdapat perintah Mahkamah Tinggi itu.

Ini diikuti dengan kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa polis Perak telah diarahkan oleh IGP supaya menangkap Muhd Ridhuan.

Bagaimanapun, Khalid (kanan) kemudiannya menafikan bahawa polis

akan menangkap bekas suami Indira, tetapi hanya "memantau" Muhd Ridhuan dan untuk "memastikan kanak-kanak itu selamat".

"Indira memfailkan semakan kehakiman itu bagi mendapatkan perintah mandamus (untuk memaksa) IGP dan polis untuk mencari Mohd Ridhuan, jika tidak kita akan memulakan prosiding menghina mahkamah," kata Kulasegaran.

[Baca berita penuh]

ADS