Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri ikrar tidak akan tutup kes diplomat
Diterbitkan:  Jul 1, 2014 3:13 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

Menteri Luar Anifah Aman berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang niat untuk menutup kes diplomat Malaysia yang dituduh terlibat dalam kes kesalahan serangan seksual di New Zealand.

Beliau mengulas kes Muhammad Rizalman Ismail yang bertugas di portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di negara itu.

Anifah, yang menegaskan bahawa nama baik Malaysia sedang dipertaruhkan berkata Rizalman, telah dibawa pulang ke sini, dan kini sedang menjalani ujian psikiatri oleh Kementerian Pertahanan.

Beliau juga mendedahkan bahawa Kementerian Pertahanan telah menubuhkan lembaga siasatan untuk menyiasat pertuduhan tersebut.

"Tindakan berat akan diambil di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 jika dia didapati bersalah (terhadap jenayah tersebut) melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Sementara itu, Anifah juga percaya kejadian ini, yang dilabelkan sebagai "kes terasing", tidak akan menjejaskan hubungan dua hala dengan New Zealand.

Sebelum ini, Menteri Luar New Zealand Murray McCully memberi amaran jika tiada tindakan terhadap Rizalman, ia akan memberi kesan kepada hubungan antara Malaysia dan New Zealand.

Anifah juga berkata Malaysia akan mempertimbangkan permintaan dari New Zealand jika ia mahu Rizalman dibicarakan di negara itu jika ia tidak yakin dengan sistem kehakiman di sini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa New Zealand tidak mempunyai isu dengan sistem kehakiman Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS