Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB S'gor umum bonus raya sebulan gaji
Diterbitkan:  Jul 2, 2014 4:19 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Selangor memutuskan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Aidilfitri akan datang, sementara kerajaan pula mengumumkan bantuan khas RM500.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat exco hari ini bersetuju memperuntukkan RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan itu kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan.

Pemberian bonus itu akan diberikan sebelum Aidilfitri.

"Keputusan pemberian bonus sebulan gaji ini turut dipanjangkan kepada kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anak-anak syarikat kerajaan Negeri.

"Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kemampuan kewangan dan keputusan ahli lembaga pengarah syarikat masing-masing," kata Abdul Khalid kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemberian bonus itu berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lalu.

RM250 untuk pesara

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka, lapor Bernama .

“Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

ADS