Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid, Gerakan selar larangan buka awal restoran
Diterbitkan:  Jul 6, 2014 7:15 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Larangan pembukaan awal kedai makan di sempena bulan Ramadan mengundang reaksi negatif beberapa ahli politik.

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berkata, kenyataan itu menunjukkan pemimpin Islam "kurang yakin" dengan iman penyokongnya.

"Jika Muslim berpuasa kerana tiada kedai (makan) dibuka maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah gagal," tulis beliau dalam laman sosial Twitter.

Zaid turut bertanya sama ada Jakim akan mengganti semula sebahagian bayaran sewa dan cukai premis terbabit kerana hanya boleh dibuka selepas jam 3 petang.

"Pemimpin (agama) kata mereka perlu bendung mereka (Muslim), indoktrinasikan mereka dan arahkan bila untuk makan, bila untuk buka kedai dan apa untuk dipakai," beliau menulis lanjut.

Exco Kedah Badrol Hisham Hashim hari ini dilaporkan berkata, premis makanan negeri itu yang beroperasi sebelum 3 petang dalam bulan Ramadan bakal ditarik balik lesen perniagaan atau disita.

Pengecualian diberikan kepada restoran francais makanan segera dan sebuah restoran di Langkawi atas faktor pelancongan, lapor Bernama.

Menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula mengambil kesempatan mengingatkan perkara sama dan berkata jabatan agama seluruh negara patut memantaunya.

"Jabatan agama dan agensi berkaitan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kedai yang tidak patuh terhadap undang-undang tempatan yang melarang pengusaha makanan Muslim daripada memulakan perniagaan sebelum jam 3 petang sepanjang Ramadan," beliau dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times Online .

'Bukan Islam pun ke kedai Melayu'

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang turut tidak bersetuju cadangan itu dan merujuk kepada persepsi orang bukan Islam tidak memakan makanan Melayu.

"Sesetengah orang nampaknya berfikir kedai menjual makanan Melayu hanya untuk pelanggan Muslim, terutamanya ketika Ramadan," tulis Tan di Twitter.

ADS