Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan mengambil tindakan terhadap golongan tidak berumah atau kumpulan pemberi makanan percuma, kata ketua menterinya Lim Guan Eng.

Jabatan kebajikan negeri, kata Lim ( bawah ), tidak dibenarkan membuat sebarang operasi terhadap dua golongan itu.

“Kerajaan persekutuan bercakap tentang denda RM150 kepada pemberi sedekah kepada pengemis. Ini tidak dapat diterima sama sekali.

"Pulau Pinang tidak akan mengambil tindakan sama,” katanya.

Bercakap di Pulau Pinang semalam, Lim juga mengumumkan akan menyumbang RM20,000 daripada tabung ketua menteri kepada aktivis dapur umum di negeri itu.

Isu berkaitan itu timbul selepas Kementerian Wilayah Persekutuan berazam untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada pengemis dan golongan tidak berumah.

Untuk tujuan itu, pemberi sedekah dan kumpulan dapur umum juga mungkin akan disaman atas anggapan menggalakkan gejala itu – tindakan yang mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Kenyataan terbaru Lim itu secara tidak langsung memberi tamparan kepada JKM negeri yang sebelum ini berikrar untuk membersihkan bandar raya itu daripada menjadi sarang kutu rayau, penagih dadah dan pengemis.

Kenyataan itu, seperti dilaporkan Bernama , dikeluarkan pengarah JKM negeri Zulkifli Ismail selepas operasi “menyelamatkan” 61 gelandangan dalam operasi awal pagi 19 April lalu.

[Baca berita penuh]

ADS