Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRU14: Pemuda MCA mula kumpul senarai calon
Diterbitkan:  Jul 10, 2014 7:32 AM
Dikemaskini: 11:38 PM

Pemuda MCA sedang mengumpul cadangan daripada akar umbi bagi mengenal pasti bakal calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

    

Ketuanya, Chong Sin Woon berkata antara yang dikenal pasti termasuk mereka yang boleh memberikan khidmat terbaik kepada parti dan rakyat, serta dikenali ramai oleh penduduk di sesebuah kawasan namun tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan.

    

"Dengan mengumpul nama-nama yang berpotensi itu, kita boleh menilai prestasi mereka dalam parti sebelum PRU bagi memudahkan pucuk pimpinan memilih calon terbaik untuk bertanding," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA di Wisma MCA di ibunegara semalam.

Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan semua ketua cawangan, bahagian dan negeri untuk menyerahkan senarai nama calon yang berpotensi dalam masa terdekat.

    

Sementara itu, Chong berkata pihaknya telah memulakan siri penjelajahan program turun padang ke seluruh negara bermula Ahad lepas bagi mengumpul maklumat dalam membantu mentransformasikan parti itu.

    

"Setakat ini antara kawasan telah kami lawati iaitu di Kuala Kubu Bharu dan Semenyih di Selangor dan Nilai di Negeri Sembilan bagi mendengar keluhan rakyat dan anggota parti," katanya.  

    

- Bernama

ADS