Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yakin bahawa loji membakar sampah di Kepong akan tetap dilaksanakan walau mendapat bantahan penduduk.

Beliau memberi jaminan bahawa loji yang mampu memproses 1 kilotan sampah sehari di Taman Beringin itu tidak akan diteruskan jika ia memberi risiko kesihatan atau alam sekitar.

Abdul Rahman juga menggesa agar para penduduk berhenti mengemukakan bantahan tidak berasas.

"Tidak cukup sampah di sini (Putrajaya), tetapi tiada masalah jika diletakkan insinerator di sini, atau di Shah Alam.

"Kita boleh pertimbang semua (tempat), dengan syarat ada banyak sampah di situ,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat kementeriannya di Putrajaya.

Katanya, ia bukan satu keputusan yang mudah untuk memaksa warga Kepong menerima perkara yang tidak dipersetujui.

Bagaimanapun, kawasan itu sudahpun diwartakan sebagai kawasan untuk sampah, dan satu loji pemindahan sampah juga sudahpun beroperasi di situ.

Selain itu, Kuala Lumpur juga menghasilkan terlalu banyak sampah dan kempen kitar semula sejak sedekad lalu tidak membawa hasil.

Selain loji di Taman Beringin, kerajaan juga bercadang untuk membina dua lagi insinerator di Melaka dan Johor Bahru dalam masa terdekat.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menolak pembinaan insinerator disebabkan faktor kos dan risiko kesihatan, namun “keadaan dan teknologi sedikit sebanyak sudah berubah”.

[Baca berita penuh]

ADS