Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Teman lelaki model Regina Soosalu ditahan
Diterbitkan:  Jul 11, 2014 11:51 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Polis telah menahan Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim untuk membantu siasatan pembunuhan teman wanitanya, model Estonia Regina Soosalu, di Pulau Rawa.

Menurut The Star, kerabat diraja berusia 28 tahun itu akan ditahan selama seminggu bersama dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Augustine, 30.

Berikutan itu, tujuh orang telah ditahan dalam siasatan berhubung

kematian model tersebut.

Satu bedah siasat masih dijalankan.

Ketua CID Johor, Datuk Hasnan Hassan dipetik sebagai berkata sampel dari tubuh model itu telah dihantar ke makmal untuk ujian.

Butir-butir lain tidak boleh didedahkan sehingga ujian selesai, Hasnan dipetik berkata.

Soosalu pada mulanya dianggap mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai beberapa selepas dia tiba di pulau itu.

Tetapi siasatan dijalankan selepas luka yang mencurigakan ditemui di badannya.

Menurut laman Facebook Soosalu, dia dan Tunku Alang Reza menjalinkan hubungan sejak tiga Julai 2012.

Sementara itu, The Star juga melaporkan bahawa Soosalu dan Tunku Alang Reza sebelum ini didakwa memiliki dadah tetapi mengaku tidak bersalah.

[Baca berita penuh]

ADS