Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada laporan tembakan rambang di Ipoh
Diterbitkan:  Jul 13, 2014 11:35 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Pihak polis menafikan dakwaan dalam media sosial berlaku tembakan rambang di sekitar kawasan beli-belah Gerbang Malam di Jalan Tahwil Azhar di Ipoh dan perkarangan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

"Keadaan Bandaraya Ipoh aman dan terkawal yang kehidupan rakyat berjalan seperti biasa.

"Orang awam tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti di sekitar Bandaraya Ipoh," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Mengenai kemalangan maut di Jalan Ng Soon Teik, Buntong di Ipoh Selasa lepas, Ahmad Termizi menasihati orang ramai supaya bertenang dan menyerahkan sepenuhnnya kes tersebut kepada pihak polis.

"Orang ramai juga diminta tidak mengganggu keluarga mangsa dan tidak menimbulkan kekacauan dan kekecohan yang boleh menggugat ketenteraman awam," katanya.

- Bernama

ADS