Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh Kassim Ahmad dan oleh itu menolaknya.

 

Kassim mahu membatalkan tuduhan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Pada 27 Mac, Kassim dituduh mengikut Seksyen 7(b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana mempersenda Islam dalam satu seminar di Putrajaya pada Februari lalu.

 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membenarkan bantahan

awal yang dibangkitkan oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) bahawa ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dalam kes Siti Hasnah Vangarama Abdullah (kanan) bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang berkaitan dengan Islam .

 

Hakim Zaleha juga memutuskan bahawa kes Kassim adalah berbeza daripada kes pengurus kedai buku Border, Nik Raina Nik Abdul Aziz.

 

Walaupun Nik Raina didakwa di bawah FTSOA, perkara tersebut turut berkaitan dengan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984, kerana buku tulisan Irshad Manji belum diharamkan ketika serbuan dibuat.

 

Berikutan perkembangan hari ini, peguam Rosli Dahlan dan Abdullah Khubayb yang mewakili Kassim, akan memfailkan rayuan dan juga permohonan penangguhan keputusan hari ini.

 

Ini berikutan kes Kassim itu akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pada hari Khamis. The AGC diwakili peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan.

 

[Baca berita penuh]

ADS