Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Jangan teragak-agak jika perlu ganti menteri
Diterbitkan:  Jul 14, 2014 2:48 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Perdana Menteri harus menolak penjelasan yang diberikan berkaitan serangan maut terbaru di pantai timur Sabah semalam dan sebaliknya mengambil tindakan yang tegas berhubung kejadian tersebut, kata DAP.

"Reaksi perdana menteri terhadap insiden terbaru itu amat mengecewakan dan tidak akan menanamkan keyakinan orang ramai kepada keberkesanan ESScom.

"Malah, beliau harus menolak penjelasan seumpama itu dan mengambil tindakan tegas dalam insiden keselamatan terkini itu.

"....jika perlu lantik menteri dalam negeri yang baru, Najib mesti melakukannya tanpa teragak-agak...," kata Teresa yang juga naib presiden DAP dalam satu kenyataan hari ini.

Teresa mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa beliau diberitahu bahawa tidak cukup anggota keselamatan di pusat peranginan di kawasan itu.

Katanya, bagaimana perdana menteri boleh mengatakan bahawa tidak cukup anggota keselamatan di resort di laut dan terdapat kelemahan dalam penempatan keselamatan dan perancangan selepas lebih setahun Esscom ditubuhkan dan penculikan berlaku pada tahun sebelum ini.

Pada malam Sabtu, tidak lama selepas Najib mengumumkan di Kota Kinabalu bahawa Esscom akan diperkuatkan, sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh pantai timur Sabah.

Dalam kejadian tembak-menembak, seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik.

[Baca berita penuh]

ADS