Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Baik bawa kayu kalau senjata tak boleh guna'
Diterbitkan:  Jul 15, 2014 8:13 PM
Dikemaskini: 12:14 PM

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya pasukan keselamatan negara tidak boleh menggunakan senjata untuk menembak penceroboh, maka lebih baik mereka membawa kayu bagi mempertahankan negara, rakyat dan pasukan keselamatan.

Dengan nada menyindir, pemimpin politik veteran dan NGO pendesak Melayu itu menegaskan kerajaan tidak perlu lagi menghabiskan duit rakyat untuk membeli jika tidak boleh digunakan dengan sewajarnya.

"Logik akal, kalau pihak keselamatan bawa senjata, tapi tidak boleh guna bila jumpa musuh, maka lebih baik bawa 'kayu' sajalah.

"Tak payah habis duit rakyat beli apa jua senjata kalau tidak boleh guna. Ia seolah-olah membiarkan pasukan keselamatan dibunuh dulu oleh penceroboh.

"Apa-apa pun peraturan, apatah lagi menjaga kedaulatan negara, pentingkan dulu keselamatan pasukan keselamatan," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini petang ini.

Ibrahim menyokong hasrat Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang memohon kebenaran kerajaan supaya pasukan keselamatan menembak individu atau penceroboh yang memasuki perairan Sabah demi keselamatan negara, rakyat dan anggota keselamatan.

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia itu demi maruah, keselamatan dan kedaulatan negara.

"PERKASA menggesa kerajaan dan perdana menteri benarkan hasrat TLDM (itu) untuk (pasukan keselamatan) tembak penceroboh," kata Ibrahim.

ADS