Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas siswa maut terjun pusat beli-belah
Diterbitkan:  Jul 17, 2014 6:15 AM
Dikemaskini: 10:55 PM

Seorang bekas pelajar universiti tempatan yang menghadapi masalah mental maut selepas terjun dari aras empat sebuah pusat beli-belah di Bangsar di ibunegara semalam.

    

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata ketika kejadian, Alif Alexandre Faizal Weber, 26, kelihatan bersama ibunya sebelum bertindak terjun dari pusat beli-belah itu pada kira-kira pukul 1.30 petang.

    

"Menurut dua saksi kejadian yang merupakan kakitangan pusat itu, mereka cuba membantu ibu si mati untuk menahan Alif daripada terjun tetapi gagal," katanya ketika dihubungi Bernama.

    

Muhammad Azlee berkata lelaki itu mempunyai masalah mental sejak setahun lepas dan masih dalam rawatan.

    

"Alif juga berhenti belajar pada tahun kedua kerana masalah mental. Si mati tidak bekerja dan sentiasa menghabiskan masa dengan bersenam sambil diiringi ibu," katanya.

    

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS