Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Larangan untuk elak 'sesat' rasa, jelas Lim
Diterbitkan:  Jul 17, 2014 1:31 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

Cadangan melarang warganegara asing memasak masakan penjaja di Pulau Pinang dibuat bagi mengelakkannya ”sesat” rasa, jelas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

”Walaupun belum menjadi masalah di negeri ini, cadangan terbaru dan permintaan untuk mendapat maklum balas adalah satu inisiatif untuk mengelakkan rasa makanan unik di negeri ini daripada 'sesat' kepada rasa lain sekiranya pekerja asing dibenarkan untuk memasak di gerai-gerai penjaja,” katanya.

The Star sebelum ini melaporkan selebriti rancangan masakan Chef Wan sebagai berkata, Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika Pulau Pinang melaksanakan rancangan melarang warganegara asing menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya.

“Bukankah lebih baik melatih mereka dengan baik dan menyelia mereka melakukan kerja lebih baik?” Chef Wan atau nama sebenarnya Wan Redzuawan Ismail dipetik sebagai berkata.

Mengulas perkara itu sebelum ini, Lim berkata, beliau terbuka mengalu-alukan kritikan Chef Wan ( kanan ) walaupun beliau bukan penduduk negeri.

Berucap dalam perhimpunan bersama penjawat awam negeri di Hotel Traders, Pulau Pinang, Lim menjelaskan, cadangan itu dibuat kerajaan negeri amat prihatin dan melindungi makanan penjaja di negeri ini.

”Atas sebab itu, kita menjemput maklum balas orang awam sama ada kita patut menghalang warga asing dari memasak makanan penjaja negeri ini.

”Kita bimbang gerai-gerai makanan yang terkenal di bandar ini ataupun bandar-bandar di Malaysia yang dimasak oleh warga asing menjejaskan rasa dan kualiti makanan tersebut,” katanya.

Lihat Komen
ADS