Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sejak empat hari lalu, Malaysiakini meneliti tiga projek tambakan laut utama di selatan Johor yang meliputi keluasan kawasan hampir sama dengan saiz Putrajaya.

Ia melibatkan projek Benalec Holdings di Pengerang dan Tanjung Piai, masing-masing untuk projek petroleum dan taman industri maritim, serta tambakan oleh Country Garden di perairan Tanjung Kupang untuk projek Forest City.

Anggota kerabat diraja Johor memiliki kepentingan dalam kesemua projek ini, termasuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Muda Tunku Ismail Idris.

Selain itu, nama seorang lagi personaliti, Datuk Daing A Malek Daing A Rahaman, sering muncul sebagai pengarah dan juga pemegang saham dalam syarikat berkenaan, yang mempunyai kepentinga kerabat diraja Johor.

Sekiranya ditanya mengenai Daing A Malek, para ahli politik di Johor akan mengaitkan beliau dengan kerabat diraja Johor.

Beliau dilaporkan sebagai anggota Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor dan rakan karib kepada sultan dan bapanya.

Namun Daing A Malek bukan calang-calang ahli perniagan kerana beliau juga seorang ahli politik Umno yang mampu menjadi lawan yang juga bukan calang-calang.

Tentangan sengit

Pada 2008, beliau bersama sekumpulan pengikut mencabar Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk jawatan ketua bahagian Kota Tinggi.

Daing A Malek mendapat 13 pencalonan berbanding 10 yang diperolehi Syed Hamid, yang menunjukkan Syed Hamid menerima tentangan sengit untuk mengekal jawatan tersebut.

Persaingan itu memuncak sehingga timbul tuduhan rasuah di antara kedua-dua kem – Umno seterusnya mendapati Daing A Malek bersalah atas tuduhan politik wang dan menyekat beliau daripada bertanding.

Beliau kemudiannya muncul sebagai ketua bahagian Kota Tinggi pada 2013 dengan memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding apabila Syed Hamid memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Beliau amat dikenali di kalangan penduduk kampung Melayu dan Orang Asli di sepanjang pesisir pantai selatan Johor, terutama di kalangan masyarakat nelayan, yang amat terjejas dengan projek tambakan itu.

"Beliau memberitahu nelayan supaya tidak menentang projek tambakan itu kerana ia projek Tuanku dan mereka akan diberi pampasan,” kata seorang aktivis alam sekitar yang bergiat di kawasan tersebut sejak 2011.

Aktivis tersebut, yang enggan dinamakan mendakwa perkara itu diberitahu oleh oleh para nelayan dari sekurang-kuranya dua kampung yang terletak di Selat Johor, di kawasan Sungai Danga dan Tanjung Kupang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS