Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perwakilan di persidangan Aids sedunia pada Sabtu berikrar akan menggandakan usaha menangani virus pembunuh itu sebagai menghormati komitmen rakan-rakan mereka yang terkorban dalam tragedi MH17.

Pesawat Boeing 777 Malaysian Airlines itu ditembak ketika dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur di timur Ukraine, kawasan dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia.

Sekurang-kurangnya enam orang aktivis menangani Aids dalam pesawat itu, termasuk penyelidik Aids terkemuka Joep Lange, yang menuju ke Persidangan Aids 2014 di Melbourne, menurut Persatuan Aids Antarabangsa (IAS) yang menganjurkan acara itu.

Angka itu jauh lebih rendah berbanding kebimbangan berhubung laporan yang menyebut sehingga 100 perwakilan terkorban dalam nahas itu sebelum ini.

Pasangan Lange, Jacqueline van Tongeren, yang berkhidmat untuk Institue Amsterdam untuk Amsterdam Institute for Global Health and Development, turut terbunuh bersama dua anggota NGO Aids Action Europe , jurukempen STOP Aids NOW! Dan jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia Glenn Thomas.

“Ini saat paling pilu untuk dunia,” presiden IAS Francoise Barre-Sinoussi dipetik sebagai berkata kepada pemberita di luar pusat konvensyen tempat persidangan itu berlangsung hari ini.

Katanya, rakan-rakan mereka yang terkorban itu berjalan jauh semata-mata dedikasi untuk memerangi Aids.

“Saya akan sanjung komitmen mereka dan kenang mereka di hati bila program ini dimulakan.”

- Reuters

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS