Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sedang mempertimbangkan satu resolusi mengutuk pihak bertanggungjawab menyebabkan penerbangan MH17 terhempas.

Resolusi itu turut mendesak kumpulan bersenjata yang mengawal kawasan tersebut membuka akses kepada kawasan nahas serta meminta semua pihak di rantau berkenaan bekerjasama dalam satu siasatan antarabangsa, lapor media Australia ABC News.

Resolusi yang dirancang ini bakal dibawa Autralia yang kehilangan kita-kira 37 warganya dalam penerbangan itu menurut laporan tersebut.

Rancangan ini hadir selepas mayat dari penerbangan Malaysia MH17 dilaporkan dialihkan walaupun kumpulan pemisah bersenjata pro Rusia yang mengawal kawasan terbabit tidak memberi jaminan laluan selamat untuk pasukan penyiasat dan penyelamat.

Berita itu turut "mengutuk sekeras-kerasnya tembakan kepada Penerbangan Malaysia MH17... menyebabkan kehilangan tragik 298 nyawa" dan "meminda semua pihak dan pemain di rantau itu menghentikan keganasan ke atas pesawat awam."

Amerika Syarikat dan kuasa lain telah menyatakan kapal terbang itu kemungkinan besar ditembak jatuh Khamis lalu dengan peluru berpandu permukaan ke udara yang ditembak dari daerah pemberontak.

- Reuters

Lihat Komen
ADS