Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petisyen online sokong hak LGBT
Diterbitkan:  Jul 21, 2014 2:00 PM
Dikemaskini: 6:26 AM

Sekumpulan NGO dan ahli politik pembangkang telah memulakan petisyen dalam talian menggesa semua rakyat Malaysia menyokong usaha Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) untuk mempertahankan hak jantina dan orientasi seksual dalam rang undang-undang yang dicadangkan.

Dimulakan atas inisiatif NGO di Pulau Pinang -'Penang Freedom to love' dan 'Diversity' - petisyen itu menggesa NUCC mengambil pendirian yang lebih tegas dalam mengakui hak komuniti Lesbian, Gay, Bi-seksual dan transgender (LGBT).

Kumpulan itu berkata mereka tidak berpuas hati dengan kenyataan

Pengerusi Jawatankuasa Dasar dan Undang-undang NUCC, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang berpendapat bahawa Rang Undang-undang Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional boleh melindungi hak-hak LGBT, tanpa "mengiktiraf" mereka.

Jackson Yee, yang mewakili pempetisyen bagaimaapun, menganggap pendirian seumpama itu adalah ekoran tekanan politik dari pelbagai pihak.

Sejak rang undang-undang itu NUCC didedahkan pada bulan Jun, ada sesetengah pihak yang mahu satu klausa mengenai diskriminasi orientasi seksual dikekalkan manakala NGO sayap kanan pula mahu dikeluarkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Yee berkata, rang undang-undang itu, khususnya Seksyen 7, adalah amat penting kepada hidup matinya kumpulan minoriti seksual itu.

Menurutnya, penangkapan mak nyah baru-baru ini, termasuk 17 orang yang ditahan di Negeri Sembilan, dan dipenjarakan di Sungai Udong oleh pihak berkuasa agama kerana memakai pakaian yang tidak mengikut jantina semula jadi mereka adalah contoh terbaru ketaksuban itu.

Katanya, ia jelas melanggar rang undang-undang itu dan Perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS