Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LGE enggan ulas kata dua DAP S'wak
Diterbitkan:  Jul 21, 2014 4:41 PM
Dikemaskini: 4:01 PM

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menolak untuk mengulas perkembangan terbaru berhubung ancaman DAP Sarawak berpecah daripada Pakatan Rakyat ekoran pertikaian isu hudud.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini hanya berkata akan mengeluarkan kenyataan akhbar apabila ditanya perkara itu.

“Kamu tahu kenapa,” jawapannya ketika ditanya berhubung keengganannya mengulas perkara itu dalam sidang media di Pulau Mutiara itu hari ini.

“Dengan media BN di sekeliling, kenyataan kita akan diputar belit, jadi elok kamu tunggu kenyataan saya.”

Semalam, Malaysiakini melaporkan, DAP Sarawak mengancam keluar Pakatan jika PAS terus bekerjasama dengan Putrajaya untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

DAP juga tidak mahu dikaitkan dengan kesemua aktiviti dianjurkan PAS di Bumi Kenyalang itu.

Kata dua itu dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa negeri DAP di Sibu pada Sabtu, sempena persediaan menghadapi pilihan raya Sarawak tidak lama lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS