Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan S'gor belum putus untuk temui Khalid
Diterbitkan:  Jul 22, 2014 12:31 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah belum memutuskan untuk menerima menghadap MP Shah Alam Khalid Samad berhubung isu berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), kata Setiausaha Sulit Datuk Mohamad Munir Bani.

Ini bercanggah dengan laporan portal berita pro-Umno Agenda Daily yang memetik Mohamad Munir sebagai berkata sultan menolak permohonan Khalid untuk menghadap baginda.

Laporan News Straits Times hari ini menyebut Munir berkata beliau hanya memberitahu media bahawa Sultan telah menerima surat Khalid dan ia telah disalahlapor menyatakan bahawa sultan tidak mengendahkannya.

"Tuanku belum memberi kata putus sama ada untuk bertemu atau menolak permintaan. Mungkin wartawan putarbelit sesuatu. Sebab itulah, saya tidak suka bercakap kepada wartawan.

"Saya tidak cakap bahawa sultan menolak (permintaan Khalid)," kata Mohamad Munir seperti yang dilapor dalam akhbar itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS