Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kematian model Estonia, seorang lagi ditahan
Diterbitkan:  Jul 22, 2014 4:00 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan di Mersing semalam bagi membantu siasatan polis berhubung kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa pada 1 Julai lepas.

    

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki yang ditahan polis semalam berasal dari Kuala Lumpur.

    

"Setakat ini enam suspek yang masih ditahan dalam kes pembunuhan wanita warganegara Estonia di Pulau Rawa, Mersing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    

Hasnan berkata polis memperoleh perintah sambungan reman selama enam hari terhadap empat daripada enam lelaki yang ditahan itu bermula hari ini sehingga 27 Julai.

    

Selain siasatan bunuh, dua lelaki itu turut ditahan selama empat hari mulai semalam untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

    

Hasnan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan polis selesai dan meminta sebarang maklumat disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS