Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Tinggi diarah dengar permohonan Kassim
Diterbitkan:  Jul 24, 2014 1:44 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mengarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar permohonan semakan kehakiman oleh Kassim Ahmad.

Dalam memutuskan bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara-perkara yang berkaitan dengan tindakan-tindakan pihak berkuasa agama yang boleh dipersoalkan, Mahkamah Rayuan memerintahkan supaya merit kes itu didengar oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga orang hakim, tidak membuat sebarang perintah tentang kos.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim Datuk Rohana Yusof.

"Kami membenarkan rayuan ini dan perintah diberikan untuk kebenaran mendengar meritnya.

"Kami mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi (bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa)," kata Hakim Balia.

Dilaporkan minggu lepas bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusof tidak membenarkan permohonan semakan kehakiman itu, berikutan bantahan awal Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara berkenaan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS