Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Noh: PKR paling lama buat pemilihan
Diterbitkan:  Jul 25, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar secara sinis menyindir PKR yang dianggapnya telah "mencipta sejarah" sebagai parti paling lama mengadakan proses pemilihan kepimpinan.

MP Tanjung Karang itu berkata keputusan pemilihan jawatan presiden Indonesia telahpun diketahui sedangkan pemilihan PKR berlangsung lebih awal tetapi sehingga sekarang masih belum selesai.

“PKR adalah sebuah parti yang mencipta sejarah paling lama mengadakan proses pemilihan, mengalahkan pemilihan presiden Indonesia yang keputusannya sudah pun diketahui.

“Pemilihan PKR yang bermula lebih awal pun, sampai sekarang belum ada keputusan. Yang ada pergaduhan sesama ahli, baling kerusi,” katanya dilapor dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Pemilihan PKR bermula pada hujung Mac lalu dan akan berakhir pada 10 Ogos depan.

Noh mengulas pengumuman Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicadangkan sebagai calon menteri besar Selangor baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Laporan itu menyebut, Noh berkata tindakan Anwar itu bagi mengalihkan tumpuan masyarakat umum ekoran pelbagai isu dalaman melanda parti itu sejak kebelakangan ini sehingga mencalarkan imej parti.

“Dia (Anwar) nak tunjuk PKR masih berkuasa, ada perpaduan dalam kalangan ahli.

"Itu sebab dia umumkan pertukaran menteri besar bagi mengalih perhatian umum terhadap isu dalaman parti," katanya.

Lihat Komen
ADS