Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Trafik ke utara, pantai timur sesak
Diterbitkan:  Jul 26, 2014 11:55 AM
Dikemaskini: 8:11 AM

Aliran trafik di lebuh raya ke utara dan pantai timur semakin sesak, manakala ke selatan beransur pulih dengan lalu lintas bergerak lancar setakat 12 tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata lalu lintas ke utara sesak selepas Plaza Tol Jalan Duta ke Bukit Beruntung dan dari Lembah Beringin ke Sungkai.

"Kesesakan juga berlaku dari Bidor sehingga Taiping," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata trafik ke pantai timur sesak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Plaza Tol Gombak.

Aliran trafik juga sesak selepas Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi, katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS