Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Syura PAS mahu Khalid kekal MB
Diterbitkan:  Aug 7, 2014 12:43 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Majlis Syura Ulamak PAS menetapkan pendirian agar Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan di jawatan menteri besar sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

Badan tertinggi PAS itu dalam kenyataannya menyebut, keputusan tersebut dibuat berdasarkan hukum syarak dan juga dengan pertimbangan bahawa kepentingan rakyat harus mendahului kepentingan parti atau individu.

"Jawatan menteri besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar di Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13.

"Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor."

Badan tersebut juga sedia menilai semula keputusan berkenaan sekiranya Khalid didapati bersalah di mahkamah, kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyuarakan pendirian serupa, semalam.

Ia turut ditandatangani oleh timbalannya Datuk Haron Din.

Jawatankuasa PAS Pusat juga akan bermesyuarat pada hari Ahad bagi memutuskan perkara sama.

Bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat lazimnya tidak akan membuat keputusan yang bertentangan dengan badan tertinggi PAS itu.

Lihat Komen
ADS