Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Rayuan tidak akan bertolak ansur terhadap kes kematian dalam tahanan dan mencadangkan supaya siasatan awam yang bebas diadakan terhadap semua kes seumpama itu.

Mahkamah itu memutuskan demikian ke atas permohonan untuk mengurangkan jumlah ganti rugi, termasuk membatalkan tuduhan pemenjaraan secara salah, dalam kes A Kugan yang mati dalam tahanan polis, lima tahun lalu.

Ia membolehkan keluarga Kugan menerima ganti rugi teladan RM701,700 termasuk bagi kesalahan salah guna kuasa.

Ringkasan keputusan penghakiman itu dibacakan oleh Hakim David Wong Dak Wah.

Hakim lain yang memihak untuk mengekalkan ganti rugi ialah Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof dan Hakim Mah Weng Kwai. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pasukan polis, bekas Konstabel V Navindran dan kerajaan, bertanggungjawab atas kematian A Kugan, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis dalam bulan Januari 2009.

    

Bagaimanapun, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebulat suara bersetuju mengurangkan jumlah pampasan daripada RM801,700 kepada RM701,700 selepas mengetepikan gantirugi sebanyak RM100,000 bagi penahanan salah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tahun lepas.

    

Dalam penghakiman setebal 17 muka surat yang dibaca oleh Datuk David Wong Dak Wah, panel itu tidak bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham bahawa perintah tahanan reman terhadap Kugan disalahguna ketika memberikan pampasan itu.

    

Panel itu juga berpendapat perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh majistret terbabit adalah sah dan lagipun, tidak ada cubaan yang dilakukan oleh responden iaitu NIndra (ibu Kugan) atau peguamnya bagi mencabar perintah berkenaan di Mahkamah Tinggi.

    

"Tidak dapat dipertikaikan tiada sebarang permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi bahawa perintah itu adalah menyalahi undang-undang," kata panel yang turut dianggotai Datuk Mah Weng Kwai.

    

Menyentuh keputusan berhubung misfeasans umum iaitu perayu gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati, panel itu bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi.

    

Wong juga berkata tidak ada profesion yang terkecuali daripada tindakan undang-undang dan mahkamah bagi pihak orang awam mempunyai peranan penting dalam memantau serta mempercepat perubahan apabila diperlukan dalam standard profesional.

    

Mengenai liabiliti defendan kedua, beliau berkata mahkamah bersetuju dengan hujah peguam Ramesh Sivakumar, yang mewakili Navindran, bahawa anak guamnya tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi kematian Kugan.

    

Oleh itu, panel berkenaan memerintahkan Navindran membayar 45 peratus daripada jumlah RM701,700 manakala pasukan polis dan kerajaan melunaskan bakinya.  

    

elain itu, kesemua perayu diperintah membayar RM30,000 sebagai kos kepada ibu Kugan dan daripada jumlah ini, Navindran perlu melunaskan sebanyak RM13,500.

    

Dalam penghakiman itu, panel berkenaan turut menekankan keperluan inkuiri awam dan bebas bagi kes membabitkan kematian ketika berada dalam tahanan polis.

    

Wong berkata keluarga si mati berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku semasa mangsa berada dalam tahanan.

    

Singham, dalam penghakimannya pada 26 Jun tahun lepas, memberi award RM851,7000 kepada Indra sebagai pampasan bagi serangan dan pukulan, penahanan salah, misfeasans, kesakitan dan penderitaan selepas memutuskan plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap kesemua defendan.

    

Indra memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas anaknya, Kugan, 22, seorang suspek kes curi kereta mewah, meninggal dunia di Balai Polis Taipan USJ pada 20 Jan 2009.

    

Tahun lepas, Navindran dihukum penjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mencederakan Kugan.

Lihat Komen
ADS