Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Maju Sabah (SAPP) menuntut agar penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah, segera diumumkan.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul berkata ia harus disegerakan ekoran kejadian kes-kes penculikan  kebelakangan ini yang menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat Sabah,

Selain itu, Edward turut mempersoalkan mengapa penemuan RCI tersebut lewat diumumkan.

“Ianya menjadi tanda-tanya mengapa penemuan RCI tersebut belum diumumkan, “ katanya semasa perhimpunan aman yang diadakan parti tersebut di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu semalam.

“Kes-kes penculikan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, yang dikaitkan dengan masalah populasi besar pendatang haram di pantai timur Sabah, telah menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Sabah.

"Rakyat Sabah berhak untuk menikmati tahap keselamatan yang lebih baik. Kami berharap kerajaan tidak menahan penemuan tersebut terlalu lama.

"Jangan gunakan ini sebagai gimik politik untuk menenangkan orang ramai demi memancing undi,” katanya lagi.

RCI ditubuhkan pada Ogos 2012 selepas belia SAPP memulakan kempen bagi mendapatkan tandatangan untuk penubuhan RCI yang bermula pada Februari 2011.

Pendengaran RCI kemudiannya berakhir pada September 2013 selepas 211 orang telah dipanggil untuk memberi kesaksian.

“Kami benar-benar percaya bahawa penculikan dan jenayah lain yang berkaitan dengan kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah, hanya boleh diselesaikan sekiranya pihak berkuasa bertindak secara positif terhadap penemuan tersebut,” kata Edward lagi.

Lihat Komen
ADS