Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB K'tan nafi pelawa Khalid sertai PAS
Diterbitkan:  Aug 11, 2014 9:57 AM
Dikemaskini: 4:17 AM

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menafikan laporan berita yang beliau mempelawa pemimpin PKR yang dipecat, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai PAS.

 

Satu kenyataan oleh setiausaha akhbar menteri besar, Mohd Asri Mat Daud, lewat malam tadi berkata laporan yang menyebut PAS membuka pintu kepada Khalid adalah tidak benar sama sekali.

Ia juga menafikan sama sekali petikan dalam laporan tersebut yang menyebut menteri besar sebagai berkata, "terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR".

Menurutnya, apabila ditanya pemberita kelmarin, menteri besar hanya berkata "itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia".

Menteri besar, katanya, hanya menekankan agar masyarakat dan ahli PAS bertenang bagi mewujudkan suasana terbaik dan menunggu mesyuarat PAS pusat pada 17 ogos.

Kenyataan itu juga menafikan laporan TV3 pada jam 8 malam tadi yang menyatakan Dewan Ulama PAS, yang diketuai menteri besar, telah membincang pemecatan Khalid.

"Boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama," kata Mohd Asri yang juga bendahari Dewan Ulama PAS.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS