Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hindraf: Pelajar bukan Melayu dimangsakan
Diterbitkan:  Aug 20, 2014 3:16 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) mendakwa pelajar bukan Melayu dinafikan tempat mereka di universiti awam walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Ketua PHM P Waytha Moorthy justeru menyalahkan pihak berkuasa atas dakwaan “terus memangsakan pelajar bukan Melayu”.

Moorthy mendakwa, daripada 40,000 kerusi yang ditawarkan oleh 290 universiti awam, lebih 73 peratus diperuntukkan kepada orang Melayu sementara pelajar Cina dan India pula masing-masing hanya mengisi 19 dan 4 peratus kekosongan.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga membangkitkan bagaimana MARA dan pihak berkaitannya menawarkan lebih 30,000 kerusi setiap tahun hanya untuk Bumiputera melalui pelbagai program.

“Sejak penubuhannya, MARA melahirkan lebih 7000,000 graduan, dengan lebih 500,000 pelajar menerima tajaan pendidikan, lebih 200,000 pelajar mendapat pinjaman perniagaan daripada MARA daripada tahun 1951 hingga 2012, dan 150,000 pelajar MARA menerima latihan keusahawanan,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS