Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Media: Peluang PAS dicalon jadi MB jika...
Diterbitkan:  Aug 21, 2014 1:10 PM
Dikemaskini: 5:17 AM

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Sivamurugan Pandian berkata PAS boleh mencadangkan nama Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebagai calon menteri besar.

Beliau berkata hal demikian boleh berlaku jika Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak dua calon dari PKR dan mahu PAS memberi calonnya, lapor Sinar Harian hari ini.

"Jika itu yang terjadi, PAS boleh cadangkan Iskandar kerana beliau sememangnya layak dan ada pengalaman luas dan dilihat mampu menerajui Selangor.

"Iskandar juga ahli Exco. Saya yakin dengan kelebihan itu, Iskandar mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu di Selangor," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Bagaimanapun Jawatankuasa PAS pusat pada Ahad sebulat suara memutuskan tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada rakan sekutunya PKR.

Laporan itu menyebut Sivamurugan berkata jika Sultan Selangor mahu menteri besar seorang wanita, maka PAS boleh mencalonkan nama Dr Halimah Ali memandangkan exco pendidikan itu mempunyai kelebihan tersendiri dan berpengalaman luas.

Akhbar itu juga melaporkan beliau bagaimanapun berkata jika ia diramalkan berlaku, maka akan tercetus persoalan sama ada DAP dan PKR boleh menerima dan bersetuju Wan Azizah digugurkan.

Lihat Komen
ADS