Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sepasang gari yang ditinggalkan pada jeriji besi sebuah pangsapuri oleh seorang polis yang culas membayar sewanya di Ampang, mungkin bakal menjadi sebahagian daripada statistik aset polis yang hilang pada tahun ini.

Gari itu ditemui pemilik rumah, Teoh Kheng Hong ( kiri ) di rumahnya di Pandan Indah selepas seorang polis yang menyewa di situ berpindah keluar apabila gagal menjelaskan sewa selama lima bulan.

"Dia selalu mendeposit sewa bulanan ke dalam akaun saya setiap bulan tetapi saya dapati beliau gagal berbuat demikian bermula April lalu.

"Saya kemudian memberinya masa selama tiga bulan untuk keluar.

"Dia bayar saya sekali dalam bulan April dan kemudian menghilang di penghujung Julai selepas memaklumkan saya yang dia ingin berpindah," kata Teoh kepada wartawan.

Gari itu bukan satu-satunya aset polis yang ditinggalkan di rumah itu yang terbiar dalam keadaan kotor.

Turut ditemui adalah beberapa buku log polis dan sepasang but polis.

Ia mendorong Teoh untuk membuat laporan polis terhadap bekas penyewanya itu kerana khuatir wujudnya unsur jenayah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS