Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PASMEB minta ROS batal kongres PKR esok
Diterbitkan:  Aug 21, 2014 8:00 PM
Dikemaskini: 12:12 PM

Pakatan Anak-anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menangguhkan Kongres Tahunan PKR 2014, atas dasar beberapa aduan terhadap parti itu masih dalam siasatan.

    

Ketua Pemuda PASMEB Norizwan Mohamed mendakwa antara aduan yang dikemukakan berhubung kait dengan dakwaan politik wang dan penyalahgunaan kuasa dalam pemilihan PKR 2014.

    

Beliau mendakwa lebih 40 aduan telah dibuat di jabatan itu oleh pelbagai cawangan PKR di seluruh negara berhubung dakwaan penyelewengan pemilihan parti berkenaan.

    

"Saya menuntut JPPM untuk bertindak segera menghentikan Kongres Nasional PKR 2014 bagi memberi ruang dan tumpuan terhadap usaha menyelesaikan dakwaan penipuan pemilihan 2014," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada jabatan itu di Putrajaya hari ini.

    

Kongres itu dijadualkan dari 22 hingga 24 Ogos di Stadium Melawati, Shah Alam dan dijangka dihadiri anggota perwakilan dan pemerhati PKR dari seluruh negara.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS