Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia kenal pasti dakwaan 3 rakyatnya militan di Syria
Diterbitkan:  Aug 22, 2014 8:00 AM
Dikemaskini: 12:05 AM

Malaysia sedang mengenal pasti dakwaan terhadap tiga rakyatnya, yang disyaki terbabit dalam aktiviti militan di Syria.

    

Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya sedang mengesahkan maklumat tersebut dengan pihak berkuasa Syria.

    

"Seperti mana yang dilaporkan di dalam media, di mana seorang daripadanya didakwa telah terbunuh dan dua orang lagi tercedera, menurut kenyataan itu.

    

Media semalam melaporkan tiga rakyat Malaysia yang didakwa berjuang di Syria, dibedil oleh kereta kebal tentera Bashar al-Assad, mengakibatkan seorang daripadanya terkorban manakala dua lagi cedera, awal pagi Selasa.

    

Dalam kejadian terbaru di wilayah Hama, mangsa yang terbunuh semalam dikenali sebagai Mat Soh atau nama panggilannya, Abu Turab manakala rakannya yang tercedera ialah Mohd Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.

    

Wisma Putra menegaskan bahawa Malaysia tidak menyokong mahupun membenarkan sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk rakyatnya sendiri.

    

"Rakyat Malaysia sentiasa dinasihati supaya mengamalkan sikap berjaga-jaga dan tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk keganasan dan unsur ekstremisme," menurut kenyataan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS