Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengambil peluang semasa ucapan di Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini untuk memperteguhkan sokongan ke atas ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin membangkitan tuduhan berhubung kes Liwat II ke atas Anwar, yang disifatkannya sebagai "serangan terhadap institusi demokrasi" di negara ini.

Beliau juga membangkitkan mengenai pendakwaan ke atas MP parti itu, N Surendran mengikut Akta Hasutan yang disifatkannya sebagi satu tindakan Umno untuk menghalang peguam tersebut bertindak untuk membela Anwar.

"Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah serangan terhadap institusi demokrasi kerana ia bukan sahaja dilakukan kepada Anwar Ibrahim sebagai seorang individu tetapi juga sebagai ketua pembangkang yang merupakan bahagian integral dari sistem demokrasi.

"Saudara N Surendran yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 pada hakikatnya adalah tindakan Umno untuk menghalang beliau bertindak sebagai peguam untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

'AMK jangan alpa'

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai serangan ke atas usaha membela keadilan dan undang-undang, dengan mengungkap petikan penting dari karya ahli falsafah British, John Locke.

“Apabila undang-undang terhalang, penindasan bermula,” katanya lagi yang memetik karya bertajuk 'Two Treaties of Government' dalam ucapan perasmiannya di kongres tersebut di Shah Alam pagi ini.

Menurutnya lagi, undang-undang akan dianggap sebagai alat dan perkakas kepada penguasa rakus dan zalim apabila tidak lagi mempunyai roh keadilan.

Sehubungan itu, Azmin menasihatkan anggota AMK supaya tidak boleh alpa dan bersikap seperti masyarakat yang digambarkan dalam cerpen karya pemikir Rusia terkenal, Anton Chekov.

Dalam cerpen bertajuk 'The Student' itu, Chekov menceritakan betapa golongan anak muda pada waktu tersebut berasa gelisah dan runsing kerana hidup dalam sistem yang mengongkong dan zalim.

"Apabila generasi ini pasif maka masyarakat tersebut tidak akan dinamis, tidak mampu berdepan dengan cabaran baru yang datang," katanya.

Lihat Komen
ADS