Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu keselamatan: Pesawat MAS patah balik
Diterbitkan:  Aug 23, 2014 3:00 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Satu pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH70 yang dalam perjalanan ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur pagi ini disebabkan satu masalah keselamatan yang ditemui semasa dalam penerbangan.

Perkara itu diumumkan oleh juruterbang kira-kira 50 minit selepas perlepasan, kata seorang penumpang pesawat tersebut ketika dihubungi Malaysiakini .

Pesawat itu yang menuju ke lapangan terbang Narita, Tokyo itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.50.

Selepas mendarat, penumpang diberitahu bahawa mereka akan berlepas ke Tokyo pada jam 1.15 petang dengan menggunakan pesawat lain.

“Skrin radar (paparan laluan penerbangan di tempat duduk penumpang) menunjukkan pesawat itu membelok ke kiri, lama sebelum pengumuman tersebut.

“Saya pada mulanya keliru, tetapi ia semakin jelas apabila mereka membuat pengumuman,” kata penumpang tersebut, Victor Tan.

Laman web MAS menunjukkan bahawa penerbangan MH70 “dijadualkan semula” dan dijangka tiba di Tokyo pada jam 9.25 malam.

Laman menjejak pesawat Flightradar24 menunjukkan MH70 hanya membuat pusingan di kawasan perlepasan sebelum berpatah balik.

Malaysiakini masih menunggu maklum balas syarikat penerbangan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS