Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tanpa PAS pun, Azizah dapat sokongan majoriti'

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak kisah dengan keengganan PAS untuk membenarkan baki 13 daripada 15 ADUN parti itu menandatangani akuan bersumpah (SD) sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah sebagai menteri besar.

 

Beliau berkata dengan 30 ADUN yang telah menandatangani SD

tersebut, termasuk dua wakil rakyat PAS, maka presiden PKR itu mempunyai sokongan majoriti di DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi itu.

 

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, dari sudut undang-undang, majoriti adalah majoriti.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas menghadiri sebuah forum di Klang malam tadi, Rafizi berkata di segi undang-undang, ia tidak membawa  banyak perbezaan apabila 13 ADUN PAS tidak memberi sokongan bertulis kepada Wan Azizah.

 

Beliau berkata keputusan jawatankuasa pusat PAS untuk tidak menandatangani SD tersebut tidak menjejaskan perjanjian yang dicapai oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

 

Di peringkat Pakatan Rakyat, katanya, PAS pun bersetuju PKR mencalonkan satu nama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS