Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sedang meneliti mekanisme baharu untuk mengumpul dana selepas menggugurkan usul terdahulu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata mereka memutuskan untuk menggugurkan usul terdahulu selepas pertimbangan dan penilaian semula.

"Lembaga pengarah akan terus meneliti usul-usul mengumpul dana yang lain bagi menangani keperluan modal kumpulan," kata syarikat itu.

Pada 12 Nov 2013 dan 12 Dis 2013, Utusan Melayu mengusulkan dua terbitan hak belian boleh tolak hingga 110.73 juta saham biasa baharu pada RM1 seunit atas dasar satu saham hak untuk setiap saham biasa sedia ada pada RM1 yang dipegang dalam syarikat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS